- Kemungkinan anda pernah ‘menyentuh/mengubah’ kedudukan dish (piring) Astro.
- Mungkin berlaku angin kencang yang mengubah kedudukan asal dish.
- Kemungkinan terkena panahan petir yang merosakkan LNB. LNB ialah alat yang digunakan untuk menerima signal dari satellite yang dipasang di hujung dish.
- Kemungkinan LNB terlalu using (7/8 tahun) dan tidak mampu untuk berfungsi secara optimum.
- Kemungkinan panahan petir atau sumber elektrik yang tidak stabil telah merosakkan receiver di dalam decoder.
- Kemungkinan kabel terputus.
- Kemungkinan sambungan antara kabel dengan decoder longgar/tercabut.
- Sekiranya anda pernah membuka (unplug) pin pada hujung kabel, kemungkinan terjadi litar pintas di dalam cable.
Penyelesaian:
Tukar decoder anda sementara dengan decoder kawan/saudara mara anda.
Sekiranya decoder yang anda pinjam berfungsi dengan baik, ini bermakna decoder anda telah rosak (kemungkinan terkena kilat yang merosakkan receiver di dalam decoder). Tetapi sekiranya SCNA masih berlaku sila ikuti langkah seterusnya:
Periksa hujung cable.
Sekiranya anda pernah membuka/mengusik sambungan cable di belakang decoder, dicadangkan anda membuat sambungan baru dengan memotong hujung cable tersebut.
Pasangkan hujung cable tersebut dengan pin yang asal dipasang dengan kemas.
Sekiranya anda yakin sambungan antara cable dengan decoder baik, periksa pula keadaan fizikal keseluruhan cable Astro. Sekiranya didapati cable telah terputus di mana-mana bahagian, anda dinasihatkan untuk menggantikan dengan yang baru (keseluruhan). Tidak digalakkan untuk membuat penyambungan semula kerana kualiti signal akan terjejas dalam tempoh tertentu. Kecuali anda menyambung dengan penyambung khas.
Tetapi sekiranya didapati cable hanya ‘terluka’, tutup tempat yang terdedah tersebut dengan tape.
Sekiranya sambungan dan cable berkeadaan baik, periksa pula dish. Berhati2 semasa memanjat!Pastikan dish berada dalam kedudukan yang kemas dan tidak bergoyang2. Harus diambil perhatian, permukaan dish tidak boleh dilindungi oleh sebarang objek. Terutamanya alang pada cucur atap atau cucur atap itu sendiri. Sekiranya terdapat sebarang objek yang boleh mengganggu komunikasi LNB dengan satellite, sila alihkan.